20 October 2015

ISU GANGGUAN SEKSUAL: "BUKAN SAYA TAPI INDIVIDU INI YANG LAKUKAN" - ARIF DOLLAH



Selepas dituduh cuba mencabul penyanyi dari Indonesia, bekas pengurus Tegar, Muhammad Arif Dollah, 30, tampil mendedahkan individu sebenar yang telah melakukan gangguan seksual seperti yang di akui oleh Tegar sebelum ini kepadanya.

Klik gambar untuk size besar




"Individu berkenaan saya kenal dan terlibat juga dalam industri hiburan dan saya terkejut apabila Tegar mengadu lelaki berkenaan melakukan gangguan seksual kepadanya.

"Bagaimanapun saya terkejut apabila perkara yang pernah dia beritahu kepada saya sebelum ini tiba-tiba berubah apabila Tegar mendakwa saya pula yang melakukan perkara tidak bermoral terhadapnya itu.

"Wahal sebelum ini dia sendiri mengadu kepada saya tentang perbuatan lelaki berkenaan tetapi saya tidak boleh ambil tindakan kerana tidak lihat dengan mata sendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata



Bagaimanapun Arif enggan mendedahkan identiti individu berkenaan namun akan memastikan pihak tersebut tampil membuat penjelasan.

Sementara itu, Arif berkata, sejak kejadian itu dia tidak pernah berhubung dengan Tegar untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

"Tiada sebab untuk berjumpa dengannya malah ia mungkin akan menimbulkan masalah lain pula nanti.

"Biarpun begitu saya tetap mendoakan kejayaannya kerana dia adalah seorang berbakat besar dan apa yang terjadi bukan salahnya tetapi atas hasutan orang lain," jelasnya.

Bagaimanapun kata Muhammad Arif, pihaknya akan tetap meneruskan saman sivil berhubung kenyataan palsu dibuat Tegar kepada pihak polis.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: