20 October 2015

GAYA RAMBUT TMJ YANG NAMPAK RANGGI & BERGAYA



Wahhh... bukan sahaja pasukan JDT yang tampil bergaya setelah mara ke peringkat akhir piala AFC pada 31 Oktober depan, tetapi Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ibrahim pun turut bergaya dengan rambut barunya yang nampak ranggi.

Klik gambar untuk size besar




TMJ dilihat dengan beraninya telah tampil dengan imej baru iaitu daripada gaya rambut berwarna hitam kepada warna ‘blonde’. Cayalah Tengku, lepas ni pasti pasukan JDT akan lebih maju dan berjaya setelah mencipta sejarah baru di Malaysia.

Untuk info, gaya rambut terkini TMJ itu telah dikongsikannya menerusi laman facebook johorsoutherntigers bersama isteri tersayang Che Puan Khaleeda Bustamam.



Selain gambar, TMJ turut memuat naik video yang mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia JDT. Kesetiaan mereka katanya telah menjadikan pasukan bola sepak JDT semakin cemerlang dan mampu meraih kemenangan.

Harapan kita, moga JDT akan meraih kemenangan besar pada 31 Oktober depan dan sekaligus membawa pulang piala AFC.








         ________________________




No comments: