19 October 2015

"JIKA INGIN KEKAL RELEVAN, KENA TERIMA KRITIKAN" - AMIR UKAYS



"Saya sendiri tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima kritikan dan teguran daripada juri profesional mahupun peminat walaupun sudah berada dalam industri hampir 25 tahun," demikian kata Amir Ukays, 46, yang berpendapat penyanyi berpengalaman sepertinya perlu terbuka terhadap kritikan jika ingin kekal relevan dalam industri muzik.

Menurut Amir, segala pandangan dan kritikan perlu diambil positif kerana sebagai seorang artis proses pembelajaran itu akan tetap ada sejajar dengan perubahan landskap industri muzik.

"Pandangan atau kritikan itu kita perlu ambil positif dan jangan cuba berlagak hebat kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana," ujarnya.





Dalam pada itu, Amir berkata, dia bersyukur dapat menyertai program berkenaan selepas terpaksa menolak tawaran semasa musim pertama tahun lalu.

Jelas Amir, dia melihat Gegar Vaganza adalah platform terbaik untuknya kembali aktif dan bersedia dengan cabaran dalam program itu.

"Sebelum ini saya terpaksa menolak kerana jadual kerja yang tidak mengizinkan, Alhamdulillah tahun ini masih diberi peluang untuk beraksi.

"Saya masih aktif dalam bidang seni cuma jarang muncul dalam program televisyen dan akan menggunakan platfrom ini untuk memberitahu peminat saya ada dan akan memberikan persembahan terbaik," jelasnya.


Sumber: mStar


         ________________________




No comments: