23 October 2015

"JIKA TIDAK DIPANGGIL POLIS, AMIR UKAYS AKAN TERUS BERENTAP" - RAQIM



Ramai yang masih tertanya-tanya sama ada penyanyi utama kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Amir Muhammad, 46, akan masih kekal beraksi di pentas program Gegar Vaganza 2 (GV2) atau tidak.





Pengurus saluran Astro Ria (104), Raqim Ahmad berkata Amir tidak digugurkan dalam GV2 sebaliknya akan terus menyertai pertandingan itu bagi minggu kedua yang akan bersiaran di Astro Ria pada Ahad ini.

Namun menurutnya, ia bagaimanapun bergantung kepada keadaan sekiranya penyanyi itu tidak dipanggil oleh pihak polis bagi urusan berkaitan kes tersebut.

"Setakat ini Amir masih lagi peserta Gegar Vaganza 2, tetapi saya tidak boleh mengesahkan sama ada dia akan ada atau tidak pada Ahad ini.



"Ia bergantung kepada faktor sekeliling dan itupun jika dia tidak dipanggil untuk urusan siasatan kerana kes dia masih lagi dalam siasatan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Amir telah ditahan polis awal pagi Rabu kerana dipercayai memiliki senjata api. Tetepi selepas itu dia dibebaskan kerana pistol tersebut merupakan pistol mainan yang digunakan untuk menembak cicak.

Dalam pada itu, Raqim berkata, penyanyi tersebut masih meneruskan latihan vokal dan akan menyampaikan lagu berjudul Cinta Dan Air Mata pada persembahan Ahad ini.

"Saya percaya dia meneruskan latihan vokal sendiri di rumah untuk beraksi pada minggu kedua ini," jelasnya.



         ________________________




No comments: