23 October 2015

RITA RUDAINI BELUM TERIMA BAYARAN MUTAAH - AIDIL PERJELAS ISU TERSEBUT



Pada 5 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan untuk melangsaikan wang mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini sebanyak RM30,000 namun sehingga kini Rita masih belum menerima sebarang bayaran.

Klik gambar untuk size besar




"Saya masih tidak dapat apa-apa bayaran untuk wang mutaah saya. Saya pun tak tahu mengapa dia masih tidak melangsaikannya lagi sedangkan dia sendiri pernah berkata tidak mahu berhutang dengan sesiapa dan mahu segera selesaikannya.

"Sepatutnya dia sudah mula membayarnya kerana surat daripada mahkamah pun sudah dihantar.Sekarang ini hanya menunggu dia untuk selesaikannya sahaja.

"Sebelum ini saya tahu ramai wanita di luar sana yang tidak suka saya buat begini, ada yang kata saya tidak boleh move on lagi, tapi sekarang kebanyakkan mereka sudah sedar akan tujuan saya melakukan tuntutan tersebut.



"Saya bukan tak move on tetapi saya ada harga diri dan saya nak move on dengan cara saya iaitu cara terhormat dan memberitahu pihak lelaki yang kita juga ada maruah," ujar Rita dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Aidil Zafuan melalui akaun Instagramnya menyatakan bahawa dia berhak untuk membayar kepada bekas isterinnya itu secara ansuran mahupun sekaligus.

"Semasa keputusan mahkamah tempohari, tidak dinyatakan bagaimana dan bila bayaran tersebut perlu dijelaskan. Oleh kerana itu, saya berhak untuk membayar secara sekaligus asalkan saya memenuhi jumlah yang diperintahkan mahkamah”



"Selain itu, keputusan atau perintah bertulis juga belum lagi diterima oleh pihak saya mahu pun peguam syarie saya. So saya harap ianya tak perlu diriuhkan dan diperbesarkan. Selama ini cakap duit tak penting, maruah yang penting, so bersabarlah”

"Ni nak duit ke nak pertahankan maruah. Lain kali sebelum bagi apa-apa komen, ingat dulu sebelum bercakap," jelas Aidil di laman IGnya.







         ________________________




No comments: