23 October 2015

KES DADAH: GAGAL HADIR - ZARINA ANJOULIE DIKENAKAN WARAN TANGKAP



Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul selepas gagal hadir pada prosiding perbicaraan peringkat bela diri berhubung kes dadah, tiga tahun lalu.





Zarina bersama teman lelakinya ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kediaman mewah terletak di Damansara Damai kerana memiliki dadah jenis Eramin 5.

Walaubagaimanapun, Zarina dan kekasihnya bernama Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nazri Omran.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.







         ________________________




No comments: