28 October 2015

"KEHADIRAN ALISHA TELAH MEMATANGKAN SAYA" - ALIF SATAR



Sejak bergelar bapa pada 31 Mei lalu, Alif Satar menyatakan bahawa dia kini belajar banyak perkara dalam menguruskan kehidupannya.

Menurut Alif, kehadiran anak sulungnya, Alisha Anugerah, telah menukar cara dia berfikir dan bertindak.

Klik gambar untuk size besar




"Setiap fasa itu ada banyak perkara yang boleh dipelajari. Pengalaman itulah yang mendewasakan seseorang itu dari sudut fikiran mahupun tindakan. Kehadiran Alisha sejak beberapa bulan lalu diakui telah menukar cara saya berfikir dan bertindak.

"Kalau dahulu ketika bujang, lain halnya sebab hanya seorang diri. Apabila sudah berumah tangga pula, dalam setiap keputusan yang dibuat, perlu juga memikirkan keadaan atau perasaan isteri.



"Kini, apabila memasuki fasa baharu sebagai seorang bapa, lain pula caranya. Di awal kelahiran Alisha, saya telah pun bersedia akan tanggungjawab menjadi bapa. Saya cuba menukar rutin harian secara perlahan-lahan untuk mengadaptasi keadaan sekarang," ujar Alif dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Alif juga menyatakan bahawa dia masih meneruskan minat dan hobi sama seperti zaman bujang dahulu, cuma masanya disingkatkan tanpa perlu mengorbankan apa-apa.





















         ________________________




No comments: