01 October 2015

KOMEN SITI NURHALIZA PADA CRISTIANO RONALDO JADI VIRAL



Baru-baru ini, di laman instagram pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah menjadi 'buruan' rakyat Malaysia hanya kerana satu ucapan Datuk Siti Nurhaliza pada status gambar bintang bola sepak dunia.

Ronaldo pada Selasa telah memuat naik gambarnya dalam sebuah kereta yang turut memberi gambaran mahu menaiki pesawat ke suatu destinasi.

Gambar yang dimuat naik itu mendapat banyak komen peminatnya termasuklah Datuk Siti Nurhaliza yang menulis 'safe flight dear' iaitu semoga bintang itu selamat dalam penerbangan.

Klik gambar untuk size besar




Status Siti itu kemudiannya menjadi viral sehingga menyebabkan posting Ronaldo mendapat perhatian peminat-peminat Siti Nurhaliza.

Status pada gambar Ronaldo ini mendapat perhatian Siti Nurhaliza sehingga peminat-peminat penyanyi itu turut mencari komen yang ditulis oleh Siti.

Gambar Ronaldo berbaju kot itu sehingga Rabu mendapat lebih 952,000 likes dan lebih 10,439 komen termasuklah daripada peminat Malaysia yang ingin mencari komen Siti Nurhaliza.



Menerusi gambar berkenaan, peminat Malaysia turut menulis ucapan mengambil apa ditulis Siti iaitu 'safe flight dear' selain beberapa persoalan lain dalam Bahasa Malaysia.

Ramai peminat turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mencari perkataan ditulis Siti itu disebabkan terlalu banyak komen yang mencecah puluhan ribu.

Sementara itu Siti Nurhaliza menerusi salah satu komen menjawab pertanyaan peminatnya berkata, dia pun peminat Ronaldo dan mendoakan keselamatan bintang bola sepak dunia itu.

Menurut Siti, beliau meluahkan rasa kagum dan hormat kepada bintang dunia itu kerana tingkah laku yang ditunjukkannya terhadap masyarakat serta umat Islam.

"Sebab itu kita support (sokong) dia, dan doakan dia selamat," ujar Siti ringkas.

Gambar berkenaan dimuat naik Ronaldo yang ketika itu dalam perjalanan dari Sepanyol ke Sweden untuk menyertai saingan kumpulan A, Liga Juara-Juara Eropah yang akan diadakan pada awal pagi Khamis.

Ronaldo mempunyai lebih 31.2 juta pengikut Instagram.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: