02 October 2015

KONGI GAMBAR BERBIKINI - JULIA ZIEGLER SEDIA DIKRITIK



Menerusi laman IG Julia Ziegler, dia telah berkonsi gambar percutiannya di Pulau Redang, Terengganu.

Tetapi kebanyakan gambar yang kongsi olehnya ialah gambar-gambar seksi dengan berbikini.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 31, bagaimanapun bersedia menerima kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya berkongsi gambar tersebut.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Julia, dia enggan terlalu menjaga hati masyarakat dan memikirkan kritikan pengguna laman sosial yang hanya tahu mencari kesalahan artis.

"Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

"Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Dalam pada itu, Julia menyifatkan memakai bikini ketika berada di pulau bukan sesuatu yang pelik dan sewajarnya tidak perlu dipertikaikan segelintir pihak.

Katanya, ia merupakan pakaian yang biasa dipakai oleh golongan wanita ketika bercuti di pulau dan ia juga tidak menyentuh sensitifiti masyarakat yang tinggal di kawasan itu.

"Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini, orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah pun pemakaian saya itu.



"Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Julia berkata, percutian selama seminggu di Pulau Redang itu merupakan perkara yang dilakukan hampir setiap tahun setelah penat bekerja.

Ia juga merupakan satu-satunya masa untuk dia bergembira bersama kawan-kawan sambil melakukan aktiviti sukan air.

"Percutian kali ini panjang sedikit daripada 28 September hingga 4 Oktober baru saya balik Kuala Lumpur, ramai kawan-kawan saya dari Kuala Lumpur baru sampai sini.

"Setiap tahun saya akan datang ke Pulau Redang untuk menyelam bersama kawan-kawan lain. Biasanya kalau ada tawaran drama pun saya akan tangguhkan dahulu sehingga selepas balik dari berucuti," katanya.












Sumber: mStar



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...