02 October 2015

"SAYA TAK DIGAM, CUMA BEREHAT" - TASHA SHILLA



Baru-baru ini, ada dakwaan yang mengatakan kini Tasha Shilla sudah pun digam semua stesen televisyen kerana kontorversi yang melanda. Namun pelakon ini bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

"Berita itu (disenarai hitam) tidak benar sama sekali. Saya memang sengaja mahu berehat memandangkan sejak hampir lapan tahun lalu, saya sudah terlalu kuat bekerja.

"Buat masa ini, saya belum menerima sebarang tawaran dan saya hanya akan mengumumkan apabila semuanya sudah disahkan," ujar Tasha dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Dalam pada itu, Tasha berkata dia tidak menjadikan kontroversi yang tercetus membabitkan dirinya sendiri sejak kebelakangan ini membuatkan dirinya lemah untuk terus berdaya saing di dalam industri hiburan.

"Apa sahaja yang berlaku kepada saya sejak kebelakangan ini bukanlah untuk menjadikan saya lemah sebaliknya ia memberikan saya suntikan baharu untuk lebih bersemangat dan tabah untuk terus menjalani kehidupan ini," jelasnya.





         ________________________




No comments: