13 October 2015

"LUAHAN ORANG BUKAN DALAM BIDANG MUZIK TIDAK PENTING BAGI SAYA" - EDRY



Konsert Akhir AF2015 baru sahaja melabuhkan tirai dengan menobatkan Sufi Rashid yang berasal dari Singapura sebagai juara.

Namum begitu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut termasuklah Michael Ang yang baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati beliau dengan keputusan pertandingan AF2015 menerusi akaun twitter.

Dalam masa sama, Michael juga turut mengkritik bahawa pengetua AF2015, Edry Abdul Halim sengaja ingin mengangkat Sufi sebagai juara. Pengarah tersebut juga meyifatkan program berkenaan sudah seperti konsert anak-anak syarikat KRU.

Klik gambar untuk size besar




Sedar ia sudah menjadi isu yang viral di media sosial, Edry yang juga penerbit album dan komposer berkata, dia tidak mahu ambil peduli mengenai perkara itu kerana pandangan berkenaan bukan diluahkan oleh individu yang berpengetahuan dalam bidang muzik.

"Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.



"Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka," ujar Edry dipetik sebagai berkata.

Berikutan beberapa kenyataan Twitter daripada Michael ketika konsert akhir berlangsung semalam, pengarah itu turut dihentam teruk sebahagian besar pengikut laman sosial berkenaan. Kenyataan dikeluarkan pengarah drama M.A.I.D itu dianggap tidak profesional.

Sementara itu, Michael ketika dihubungi berkata, semua kenyataannya di Twitter mengenai AF2015 bukan bertujuan mencetuskan provokasi atau mempertikai mana-mana pihak, sebaliknya hanya gurauan saja.







         ________________________




No comments: