16 October 2015

MAHU KURUSKAN BADAN - BILA AF2015 TIDAK AMBIL PEDULI PERKARA NEGATIF



Bila atau nama sebenarnya Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, di pentas Akademi Fantasia 2015 mencuri tumpuan ramai peminat kerana dikatakan miliki kehebatan vokal untuk menyanyikan apa sahaja genre lagu.

Bagaimanapun bentuk badannya antara yang menjadi bualan orang ramai dan sudah beberapa kali mencetuskan persoalan malah Edry KRU sendiri pernah bertanyakan soalan mengenai bagaimana penerimaan Bila apabila peminat mahukannya menurunkan berat badan.

"Syukur ada sesetengah peminat yang boleh menerima kehadiran saya sebagai penyanyi baru. Manakala untuk golongan yang tidak suka itu, saya akan buktikan kemampuan saya supaya mereka dapat menerima saya seadanya kelak.

Klik gambar untuk size besar




"Dahulu saya memang tidak boleh terima jika ada yang bercakap tentang saiz badan. Sekarang saya sudah tidak ambil peduli lagi. Saya hanya lakukan apa yang saya mahu.

"Memang ada perancangan untuk kurus, namun saya mahu kurus sebab ingin menjaga kesihatan. Bukan kerana mahu menjaga hati atau memuaskan semua orang," Bila dipetik sebagai berkata.

Selaku peserta tunggal wanita yang layak ke pentas akhir, Bila berjaya meraih tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, pakej percutian ke Dubai serta trofi AF2015.



Sebelum menyertai AF2015, Bila aktif mengikut bapanya yang merupakan pemain bes kumpulan Wings. Kalau dulu beliau hanyalah sebagai penyanyi latar, kini Bila bersedia menyerlah di bahagian hadapan pentas.

"Saya tidak pernah menggunakan kerjaya bapa sebagai platform untuk membina nama dalam dunia seni. Saya berusaha sendiri untuk ke uji bakat AF2015.

"Bapa pernah katakan saya seorang yang pemalu dan tidak bersedia untuk ke hadapan. Jadi saya buktikan apa yang dia mahukan selama ini. Syukur saya berjaya sampai ke pentas akhir.

"AF2015 banyak membantu saya meningkatkan keyakinan diri. Saat setiap kali naik ke atas pentas adalah detik terbaik buat saya kerana selama ini saya tidak pernah terfikir mampu melakukan sedemikian," jelasnya.



         ________________________




No comments: