09 October 2015

'MARIA TERINDAH' & 'MEMORI CINTA #3' DRAMA BERSIRI TERBAHARU DI HYPPTV



HyppTV bekerjasama dengan syarikat produksi TV tempatan semalam secara rasminya telah melancarkan dua drama bersiri baharu berjudul 'Maria Terindah' dan Memori Cinta #3' yang akan disiarkan buat pertama kali secara eksklusif di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV kepunyaan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Drama-drama bersiri terbaharu tersebut telah dilancarkan secara rasminya oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM pada satu sidang akhbar yang diadakan di Menara Kuala Lumpur (MKL).

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Khabir Bhatia, Pengarah Filmscape Sdn Bhd, dan juga merupakan pengarah bagi drama 'Maria Terindah', Azmi Mohd Ariff, Pengarah Urusan, JNI Creative Sdn Bhd, dan Boy Cavalera, pengarah bagi drama 'Memori Cinta #3’, serta barisan pelakon bagi kedua-dua buah drama bersiri tersebut.





"Jumlah penonton saluran HyppSensasi kami terus meningkat dengan bertambahnya bilangan pelanggan Aneka HyppTV Aneka Pack yang menawarkan kandungan dalam Bahasa Malaysia terbaik dengan hanya RM30 sebulan tanpa yuran HD tambahan.

"Melihat kepada prestasi yang memberangsangkan ini, kami akan terus berkolaborasi bersama syarikat-syarikat produksi tempatan bagi menyediakan platform kepada para pengarah dan pelakon tempatan yang berbakat, justeru membolehkan kami menawarkan lebih banyak kandungan-kandungan tempatan dalam pelbagai genre, secara eksklusif di HyppTV.

"Bukan itu sahaja, anda juga boleh menonton drama-drama tempatan eksklusif di saluran HyppSensasi menerusi aplikasi mobil HyppTV Everywhere, di mana sahaja anda berada," ujar Jeremy dalam ucapan pelancarannya.



Antara pelakon-pelakon yang hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Shahz Jaszle, Sharifah Sakinah, Shakilla Khoriri, Redza Rosli, Zika Xiandra, Ben Amir dari drama bersiri 'Maria Terindah' dan Riz Amin, Dayana Roza, Shima Anuar, Emilie Hanif dari 'Memori Cinta #3'.

Apa yang menarik, acara itu turut dihangatkan dengan persembahan khas daripada Amy Mastura dan Fakhrul Razi.

'Maria Terindah' menampilkan gandingan pertama pelakon tempatan iaitu Shahz Jaszle bersama Sharifah Sakinah di kaca televisyen. Antara barisan pelakon lain termasuklah Redza Rosli, Shakila Koriri, Anwar Mokles, Ben Amir, Zika Xiandra dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Khabir Bhatiar, 'Maria Terindah' diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd sementara penyanyi yang makin meningkat naik, Fakhrul Razi telah diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu tema bagi drama ini yang bertajuk 'Sakit Hati Sampai Mati'.

Drama seram psiko mengisahkan tentang Aris, yang dilakonkan oleh Shahz Jaszle yang bertemu dengan isterinya, Maria semasa lawatan beliau dari Terengganu ke Taman Negara Mulu bersama rakan baiknya. Pasangan pengantin baru ini hidup bahagia dan Maria berusaha untuk menjadi 'isteri yang sempurna' kepada suaminya.

Namun secara tiba-tiba beliau hilang dan Aris cuba untuk mencari isterinya kembali tetapi usahanya gagal. Pada suatu hari, dia bertemu dengan Indah, yang mempunyai persamaan yang ketara dengan isterinya yang hilang, Maria.

Aris cuba untuk mendekati Indah dan pada masa yang sama turut menyiasat latar belakang beliau walaupun Indah telahpun memberitahunya bahawa dia tidak mengenali Maria.

Manakala drama 'Memori Cinta #3' menampilkan gandingan pelakon baru dan berbakat seperti Shima Anuar, Riz Amin, Dayana Roza dan ramai lagi. 'MARIA TERINDAH' & 'MEMORI CINTA #3' DRAMA BERSIRI TERBAHARU DI HYPPTV

Diarahkan oleh Boy Cavalera, 'Memori Cinta #3' diterbitkan oleh JNI Creative Sdn Bhd secara eksklusif untuk HyppTV.

Drama ini mengisahkan tentang tiga orang pelajar Malaysia di Australia; Eliza, Ros dan Wawa yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia bagi cuti musim panas mereka. Membuat pengambaran di Australia, drama ini turut menampilkan sebuah lagu tema yang rancak bertajuk 'Menari Ler' nyanyian Amy Mastura.

'Maria Terindah' dan 'Memori Cinta #3' merupakan antara lima buah drama bersiri tempatan yang pertama dan eksklusif di HyppTV pada tahun 2015. Antara drama bersiri lain adalah 'Puteri Gunung Ledang', 'Jodoh Sebelah Pintu', dan 'Si Montel'.

Drama-drama bersiri ini mendapat maklum balas yang memberangsangkan dari penonton HyppSensasi berdasarkan jalan ceritanya yang menarik dan unik.

'Maria Terindah', telah mula ditayangkan pada 5 Oktober 2015, dan akan bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9.00 malam sementara 'Memori Cinta #3' akan mula ditayangkan pada 11 November 2015, setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9.00 malam di HppSensasi, HyppTV Saluran 116.



         ________________________




No comments: