09 October 2015

ADIRA MASIH SAYANGKAN BEKAS TUNANG



Semua sedia maklum bahawa Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, sudah putus tunang dengan Shahrul Nasrun Kamarudin sejak April lalu.

Walaupun sudah putus, Adira masih menyimpan sedikit perasaan sayang terhadap bekas tunangnya.

Menurut Adira, sebagai manusia biasa, sukar untuk dia mengikis perasaan itu disebabkan hubungan yang dijalinkan sudah terlalu lama.





"Ada pihak yang kata saya tidak nampak sedih. Mungkin mereka lihat saya gembira tapi mereka tidak tahu perasaan sebenar saya. Kami berkawan lama dan sudah tentu sehingga sekarang masih ada lagi rasa sayang dalam hati saya terhadap dia," ujar Adira ketika ditemui media pada majlis pelancaran Festival Orang Asli dan Pribumi yang diadakan di Restoran Istana Bambu.

Tambah Adira lagi, kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini turut mengalihkan tumpuan kesedihannya terhadap kegagalan hubungan tersebut.

Dia juga lebih memikirkan keselamatan ibu dan keluarganya yang ditimpa bencana berbanding masalah yang dilalui.

Detik indah Adira bersama Shahrul yang kini tinggal kenangan


"Selepas saya putus tunang, rumah saya di Sabah terlibat dengan gempa bumi dan perkara itu membuatkan saya lupa tentang masalah tersebut.

"Saya asyik fikirkan ibu dan ahli keluarga lain dan menganggap mereka lebih memerlukan saya ketika itu," jelasnya.

Dalam pada itu, Adira memberitahu, tarikh lahirnya pada 19 September lalu sepatutnya menjadi hari bersejarah hubungan mereka namun ia hanya tinggal kenangan.

Bagaimanapun rakan-rakan terdekat meraikan hari tersebut bagi membuatkan dia lupa dan tidak bersedih mengenangkan kesedihan sebelum ini.

"Kalau ikut rancangan hari perkahwinan saya pada hari lahir saya iaitu 19 September lalu, namun nak buat macam dah tiada jodoh.

"Ucapan dan kejutan yang dibuat oleh kawan-kawan saya pada hari tersebut membuatkan saya lupa ia sepatutnya menjadi hari bersejarah saya," katanya.

Buat masa ini, Adira masih menjaga batasan dan menolak mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya semata-mata mahu menjaga hati keluarga bekas tunangnya itu.

"Sejak saya putus tunang ada juga beberapa orang yang ingin mendekati saya tapi saya tolak, kadang-kadang dengan alasan yang tidak masuk akal.

"Saya belum bersedia dan hati saya belum terbuka untuk terima lelaki lain, saya juga ingin menjaga hati dan perasaan keluarga bekas tunang.

"Saya tidak mahu mereka kata apa pula nanti, baru sahaja putus sudah anda pengganti," tuturnya.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: