09 October 2015

"SAYA TAK KENAKAN BAYARAN UNTUK HADIRI ACARA HIBURAN" - SITI SALEHA



Baru-baru ini, Siti Saleha, 25, terpalit dengan gosip yang mendakwa beliau mengenakan bayaran untuk membuat kemunculan dalam sidang akhbar dan majlis hiburan sejak kebelakangan ini seperti didakwa segelintir pihak.

Namun perkara itu dinafikan sendiri empunya badan yang tidak melatah dengan dakwaan itu kerana tahu pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita itu.

"Dakwaan itu tidak betul sama sekali. Saya tidak mahu mendedahkan siapa pihak yang menyebarkan cerita itu dan dia memang bertujuan untuk menjejaskan nama baik saya.





"Saya sangat berharap peminat tidak percaya dengan cerita sedemikian," ujar Saleha dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Saleha juga berharap peminat menghormati prinsipnya untuk tidak bercerita hal peribadi sejak dulu.

"Saya memang seorang yang tidak suka bercerita hal peribadi berbanding karier seni. Siapa calon suami saya, biarlah ia menjadi rahsia dulu. Apabila saya yakin dia adalah calon suami yang tepat, barulah saya bersedia untuk ke jenjang pelamin dan berkongsi cerita dengan pihak media serta peminat," jelasnya.






Sumber: myMetro



         ________________________




No comments: