21 October 2015

MEMILIKI PISTOL - AMIR UKAYS DITAHAN POLIS



Peserta program Gegar Vaganza 2 (GV2), Amir Ukays atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44, telah ditahan polis sekitar pukul 1.45 pagi Rabu selepas dipercayai memiliki senjata api.





Sumber polis berkata ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.

Amir yang mengakui pistol berkenaan miliknya telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul.



Ketika ini Amir sedang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi tindakan selanjutnya atas kesalahan beliau.

Nama Amir kembali melonjak selepas menyertai program Gegar Vaganza yang sedang berlangsung pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: