05 October 2015

PELAKON GERAS KHAS TERIMA KOMEN BERBAUR LUCAH



Beberapa hari lalu, Tisha Shamsir ada memuat naik sekeping gambar dirinya yang memakai baju seakan spaghetti strap yang berwarna hitam di laman Instagram.

Gambar yang dimuat naik oleh Tisha tu agak seksi. Menerusi gambar tersebut, Tisha menerima komen berbaur lucah daripada pengikut lelakinya.

Bagi mereka yang kurang mengenali Tisha, dia merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik.

Klik gambar untuk size besar




Tisha bukan sahaja memegang watak Inspektor dalam drama bersiri Gerak Khas, dia juga pernah memegang watak utama dalam filem Villa Nabila serta Tisha juga merupakan bekas peserta Mentor musim ke-6, menjadi protégé kepada penyanyi Ferhad.

Selain komen berbaur lucah, ada juga di antara pengikut Tisha meninggalkan komen agar dia memadam gambar tersebut. Ada juga yang mengatakan Tisha sengaja memuat naik gambar tersebut untuk meraih publisiti murahan.

Apa tujuan Tisha memuat naik gambar tersebut, kami sendiri pun kurang pasti. Mungkin Tisha cuma mahu berkongsi apakah aktiviti sehariannya di laman Instagram untuk tatapan peminat. Apa yang penting, kami puji sikap Tisha yang tidak melenting dan mengendahkan sahaja pengikut yang mata keranjang.






Sumber: murai.com



         ________________________




No comments: