29 October 2015

"PENGGUGURANNYA DALAM FILEM ITU TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SAYA" - ZIZAN



Sebelum ini, Kamal Adli meluahkan rasa terkilannya, selepas digugurkan daripada membintangi sebuah filem aksi yang didakwa adalah berpunca daripada seorang pelawak yang meminta pihak produksi untuk tidak mengambil Kamal sebagai salah seorang pelakon dalam filem tersebut.





Ramai yang telah mengkritik pelawak itu dan menganggap tindakan tersebut sebagai tidak profesional. Tanggapan orang ramai ialah Zizan Razak ingin membalas dendam kerana bekas kekasihnya, Emma Maembong kini bercinta dengan Kamal Adli.

"Macam mana pula boleh timbul cerita itu? Siapalah saya untuk menentukan dengan siapa boleh bekerja? Saya hanya pelakon yang buat kerja kerana dibayar. Saya bukannya produser yang boleh menentukan siapa barisan pelakon pilihan hati. Ini benda mengarut dan tidak masuk akal.

"Saya malas nak layan atau fikir hal ini. Kalau betul benda (pengguguran Kamal) itu berlaku, ia tiada kena mengena dengan saya sebab bukan saya yang menerbitkan Abang Long Fadil 2. Macam saya katakan tadi, saya dibayar penerbit untuk berlakon. Jadi saya hanya buat kerja saya, saya tidak tahu atau campur tangan pun," ujar zizan dipetik sebagai berkata.





         ________________________




No comments: