29 October 2015

"SUAMI LARANG SAYA AMBIL UBAT-UBATAN UNTUK DAPAT ANAK" - FARAWAHIDA



Farawahida Razali, 30, memberitahu bahawa suaminya, Abdul Shukur Mohd Zain, 31, tidak membenarkan dia mengambil sembarangan ubat-ubatan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi mendapatkan cahaya mata.





Ini kerana Farawahida dan suaminya sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 16 Disember 2013.

Dalam pada itu, suaminya yang juga ahli perniagaan dalam bidang perubatan turut memantau makanan tambahan yang diambil bagi memastikan ia tidak berisiko.

"Saya tidak ambil apa-apa ubat atau makanan tambahan semata-mata untuk memudahkan mengandung. Suami saya sendiri tidak benarkan kerana dia kata sarung ubat pun bahaya.



"Jadi apa juga ubat atau makanan tambahan yang saya ingin ambil perlu dipantau oleh suami dahulu, saya juga tidak ambil banyak makanan tambahan cuma pati ikan dan pati buah delima sahaja," ujarnya dipetik sebagi berkata.

Sementara itu, ketika ditanya tentang cahaya mata, Farawahida berkata, dia tidak terlalu memikirkan soal tersebut.

Katanya, dia juga menganggap masih belum masanya untuk membuat rawatan bagi mendapatkan cahaya mata.

"Saya tidak terlalu fikir soal ingin cahaya mata kerana kalau terlalu ingin kita akan rasa tertekan. Jadi saya ikutkan sahaja pada rezeki.

"Selain itu, buat masa ini saya rasa masih belum perlu untuk buat rawatan untuk dapatkan anak, lainlah kalau sudah lima tahun berkahwin baru saya fikirkan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Farawahida yang kini sudah bertudung tidak mahu orang ramai terlalu meletakkan pandangan yang terlalu tinggi terhadapya agar menjadi seorang muslimah sempurna.

Katanya lagi, dia masih perlu banyak belajar dan berubah secara sedikit demi sedikit ke arah menjadi insan lebih baik.

"Bila pakai tudung sejak Mac lalu hati saya lebih tenang dan banyak merubah saya menjadi lebih baik.

"Tapi saya tidak mahu orang letak pandangan terlalu tinggi dan anggap saya manusia yang sudah sempurna agamanya. Saya masih lagi belajar dan mencari kesempurnaan itu," katanya.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: