29 October 2015

TERLEBIH SENAM - TISU BAHU KIRI ZUL ARIFFIN TERKOYAK



Gara-gara melakukan senaman berlebihan di gimnasium Sabtu lalu, pelakon Zul Ariffin, 29, telah mengalami kecederaan apabila tisu bahu kirinya koyak.

Menghadapai kesukaran untuk menggerakkan tangannya ke hadapan, Zul telah berjumpa dengan doktor pakar sebelum mengesahkan kecederaan tersebut.





"Saya yakin ia berpunca daripada senaman berlebihan. Sewaktu di gimnasium lagi saya sudah merasai kesakitan itu, tapi saya buat tak tahu saja.

"Keesokan harinya, apabila bangun tidur saya tak boleh gerakkan tangan ke depan. Saya terus berjumpa doktor pakar dan beliau mengesahkan tisu bahu saya terkoyak," ujar Zul dipetik sebagai berkata.



Walaubagaimanapun, pelakon drama Rindu Awak 200% ini tidak perlu menjalani sebarang pembedahan untuk merawat kecederaan beliau. Buat masa ini, doktor menasihatkan beliau untuk berehat lebih daripada sebulan agar kesan koyak itu dapat pulih sepenuhnya.

"Kecederaan ini agak serius sebab itu doktor menasihati saya supaya berehat dan tak boleh melakukan kerja berat.

"Ia tak perlukan pembedahan sebaliknya kecederaan sebegini akan pulih sendiri jika menjaga pemakanan dan rehat secukupnya," jelasnya.





         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...