29 October 2015

KELUARGA MAEMBONG BERAKSI DI PROGRAM REALITI 'THE HOUSE'



Apakah yang bakal berlaku apabila keluarga selebriti popular yang terdiri daripada trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong dan Yaya Maembong beraksi sebagai satu kumpulan setelah hampir 10 tahun tidak tinggal serumah? Tambah kelakar, mereka kini akan tinggal sebumbung selama 10 hari dan bakal diuji dengan pelbagai tugasan.

Klik gambar untuk size besar




Semuanya akan dibongkar menerusi program realiti terkini 'THE HOUSE', yang memberi peluang peminat untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Para peminat juga dapat mengenali selebriti kesayangan mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini.



Malah sepanjang mereka berada di dalam 'THE HOUSE', pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat. Setiap episod akan memberikan nilai-nilai murni kekeluargaan dan kemanusian kepada penonton dan juga keluarga artis itu sendiri.

Bagi episod pertama, saksikan gelagat Emma, Yaya dan Chacha Maembong membuat persiapan untuk tinggal di sebuah rumah yang disediakan buat mereka bertiga. Mereka bertiga mempunyai sikap yang berbeza di mana Yaya seorang yang rajin dan pandai memasak, Emma pula seorang yang agak lasak dan suka menonton program gusti luar negara, World Wrestling Entertainment (WWE), manakala Chacha seorang yang manja dan sempoi.



Suasana pasti bertambah gamat apabila mereka menarik rambut dan saling membuli sesama mereka. Mampukah mereka yang berbeza karektor dan sudah lama berpisah ini duduk sebumbung untuk hari pertama?

Untuk jawapannya, saksikan program menarik 'THE HOUSE' sepanjang 10 episod yang bakal disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam bermula 2 November 2015.









         ________________________




No comments: