29 October 2015

YUSOF HASLAM PENJELAS ISU KAMAL DIGUGURKAN DARI FILEM



Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem Abang Long Fadil 2 akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai isu pengguguran Kamal Adli dalam filem tersebut.





Menurut Yusof, keputusan menggugurkan Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti selain mahu mengelak sebarang konflik ketika penggambaran kerana rasa kurang selesa yang dikatakan wujud di antara mereka.

Difahamkan, Abang Long Fadil 2 bakal memulakan penggambaran pada pertengahan bulan depan.

"Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti.

"Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti," jelasnya.

Perkara tersebut dalam masa yang sama turut menjelaskan teka-teki dan sitausi yang melanda dua nama pelakon tersebut. Diharap dengan penjelasan ini, nama Zizan Razak akan dapat dibersihkan.



         ________________________




No comments: