06 October 2015

RIDZUAN HASHIM KE KELAB MALAM BUKAN BERFOYA-FOYA



Ramai yang tidak percaya apabila pelakon Ridzuan Hashim, 51, baru-baru ini didakwa dilihat berkunjung ke kelab malam. Semuanya bermula apabila tersebarnya gambar dia bersama pelakon baru Fara Mendoza dan rakan wanita itu, Carmen sedang bersosial.

Bagaimanapun, Ridzuan menafikan tuduhan itu dan berkata tujuan dia ke kelab malam tersebut adalah untuk bertemu dengan seorang produser antarabangsa, bukannya untuk berfoya-foya.

Tambah Ridzuan lagi, gambar itu diambil semasa dua wanita itu memanggilnya untuk bergambar sebagai peminat.Tidak lebih daripada itu!





"Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar.

"Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di internet," ujar Ridzuan dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Ahad lalu teman wanita Han Wong (bekas kekasih Tasha Shila) iaitu Carmen telah memuat naik gambar dia bersama rakan-rakan dan Ridzuan di Instagram dengan meletakkan kapsyen ucapan terima kasih kerana meraikan hari lahirnya di kelab berkenaan.

Gambar 'bersosial' yang terbesar


Bagaimanapun tidak lama kemudian gambar tersebut telah dipadam oleh Carmen selepas pengikutnya mempersoalkan kehadiran Ridzuan di kelab malam berkenaan.

Namun begitu gambar tersebut sempat menjadi viral di blog-blog tempatan dan ramai yang mengkritik Ridzuan dengan menyifatkan dia sudah berumur dan tidak sepatutnya berfoya-foya di tempat seperti itu.

Dalam pada itu, ada juga sumber yang mendakwa bahawa gambar berkenaan telah sengaja didedahkan Carmen kepada umum.Namun mereka tidak pasti apa motif Carmen berbuat demikian.

Selanjutnya, Ridzuan meminta masyarakat tidak sepatutnya memberi pandangan skeptikal terhadap orang yang berada di kelab malam dan menyifatkannya sebagai tidak adil.

"Tidak semestinya orang ke kelab malam itu jahat. Saya ke sana pun sekiranya ada urusan-urusan tertentu. Bukan mahu berseronok, apatah lagi saya mempunyai anak-anak yang sudah besar," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ridzuan berkata dia baru saja disunting penerbit antarabangsa bagi projek filem Hong Kong sebagai watak gengster. Mungkin kerana itulah agaknya dia berkunjung ke kelab malam tersebut.



Sumber: mStar



         ________________________




No comments: