06 October 2015

"SAYA NEKAD BERHENTI KONGSI KISAH PERIBADI" - ZUL ARIFFIN



Baru-baru ini, Zul Ariffin memaklumkan bahawa dia bertekad untuk berhenti berkongsi mengenai kisah peribadinya selepas terpalit dengan kontroversi bahawa dia kini sedang bercinta dengan Zahirah MacWilson hanya kerana mereka dilihat keluar berdua.

"Peminat yang mengikuti perjalanan dan perkembangan diri saya akan faham malah tidak sesuka hati menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan saya. Hanya segelintir kecil individu yang tidak berpuas hati sering mengaitkan saya dengan pelbagai spekulasi tidak berasas.





"Setiap gosip yang diperkatakan, saya mempunyai jawapan. Saya tidak pernah lari dari memberi kenyataan kepada media sekiranya ada yang bertanya.

"Saya harap peminat dapat membezakan antara kerjaya dengan peribadi. Saya risau isu membabitkan diri saya akan turut terpalit kepada keluarga kerana mereka tidak terbabit di dalam industri," ujar Zul dipetik sebagai berkata.

Mungkin itu antara nilai yang perlu dibayar oleh Zul sebagai seorang pelakon lebih-lebih lagi ketika namanya sedang melonjak naik.



         ________________________




No comments: