13 October 2015

"SAYA KAGUM DENGAN AKTOR LELAKI YANG ELAK SENTUH WANITA" - JOHAN AS'ARI



"Tindakan pelakon-pelakon meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan itu sesuatu yang bagus dan ia adalah hak mereka untuk berbuat demikian," kata Johan As'ari, 29, yang berasa kagum dengan prinsip beberapa aktor lelaki yang berani mempertahankan hak dan syarat untuk tidak bersentuhan dengan wanita ketika penggambaran sesebuah drama atau filem.

Menurut Johan, ia merupakan tindakan yang betul dalam mempertahankan hak masing-masing terutama apabila tidak berasa selesa dan menganggu fokus ketika penggambaran.

"Ketika ini pengarah drama susah boleh dibawa berbincang tentang apa yang boleh dan apa yang tidak, mereka boleh bertolak ansur," ujarnya ketika ditemui media pada Karnival Juvana di Citta Mall.





Johan diminta pendapatnya mengenai pelakon lelaki yang sudah meletakkan syarat terutama soal bersentuhan dengan wanita bukan muhrim ketika penggambaran.

Antara artis terbaharu yang meletakkan syarat itu ialah pelakon Nazim Othman dan Syarul Ridzwan.

Bagaimanapun, Johan berkata, setakat ini dia belum lagi meletakkan sebarang syarat kepada pengarah ketika penggambaran.



Dia masih membawakan apa juga watak yang diberikan sebaik mungkin termasuk babak bersentuhan selagi ia tidak melampaui batas.

"Bagi saya selagi babak itu tidak keterlaluan, boleh diterima dan tidak menjengkelkan, saya akan lakonkannya sehabis baik.

"Lagi pula kita ada sesi perbincangan dengan pengarah untuk menjayakan sesuatu babak dan dari situ juga kita boleh berbincang untuk kurangkan apa yang tidak sepatutnya," jelasnya.

Selain itu, Johan yang baharu kembali ke tanah air selepas berkelana menuntut ilmu Islam selama tiga bulan di India dan Bangladesh pada Jun lalu berpendapat dirinya bukan seorang yang terlalu alim dalam hal berkaitan agama.

Tambahnya, biarpun dia banyak mendalami agama Islam, namun ia bukan tiket untuknya memandang rendah dengan berasa bangga terhadap ilmu yang dimiliki.

Katanya, apa yang dipelajari ketika penggambaraan itu adalah untuk dirinya sendiri dan bukan mahu menunjuk-nunjuk.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya lakonan, Johan berkata dia kini menanti lima buah filem baharu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Katanya, filem siri drama popular yang mengangkat namanya iaitu Juvana 2 akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 29 Oktober ini.

"Alhamdulillah tawaran saya masih sama seperti dahulu, sekarang baru abis telefilem untuk siaran RTM sempena Maal Hijrah.

"Bagi filem Juvana kali ini cabaran utama ialah beraksi dengan beberapa pelakon yang menjadi idola saya iaitu Pekin Ibrahim dan Hasnol Rahmat," ujarnya.

Filem tersebut turut menampilkan pelakon Zahiril Adzim, Adam Shah, Nad Zainal dan Shera Ayob.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: