13 October 2015

SUAMI UMIE AIDA & PEGUAM DIDAKWA SABOTAJ PERBANKAN, KEWANGAN NEGARA



Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 53, dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, 65, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Khairuddin dan Matthias didakwa melakukan ke­salahan itu di lima lokasi iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.





Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh yang memakai pakaian lokap dan bergari hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Majistret Siti Radzeah Kamarudin tidak membenarkan ikat jamin.

Ketika prosiding, peguam Mohamad Hanif Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dibenarkan jaminan dan meminta tarikh pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi dipercepatkan.


Sumber: Kosmo



         ________________________




No comments: