13 October 2015

"SAYA PAKAI BIKINI KERANA IKUT SITUASI" - JULIA ZIEGLER



Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Julia Ziegler, 30, menganggap isu gambar dia berbikini yang menjadi 'viral' baru-baru ini adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang baru.

Menurut Julia, berbikini bukanlah sesuatu yang pelik dan mendakwa berpakaian begitu kerana mengikut situasi.

"Takkan kalau ke pasar nak pakai gaun labuh. Kiranya pemakaian saya itu sekadar mengikut situasi.





"Kenapa apabila artis berbikini dijadikan isu sedangkan orang biasa ada juga memuat naik gambar sama? Saya biarkan saja orang komen dan cakap apa mereka mahukan. Macamlah yang bercakap itu sempurna sangat," ujar Julia dipetik segabai berkata.

Julia memuat naik gambar dia berbikiki di Instagram ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu baru-baru ini sebelum ia menjadi 'viral' dan menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat.

Julia berkata, dia pasti akan berubah satu hari nanti dengan caranya tersendiri tapi bukan seperti diinginkan segelintir pahlawan papan kekunci (keyboard warriors).







         ________________________




No comments: