13 October 2015

"SAYA KAGUM DENGAN CRISTIANO RONALDO BANTU UMAT ISLAM" - SITI NURHALIZA



Datuk Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa beliau mempunyai sebab tersendiri mengapa dia mengikuti perkembangan pemain tersebut.

"Sebenarnya komen itu masih ada. Saya tidak pun padam komen itu. Mungkin sebab terlalu banyak, mereka tak jumpa komen itu. Komen itu adalah spontan dari seorang peminat. Macam peminat buat kepada saya. Semua itu biasa pada saya.





"Malahan ada juga saya komen pada orang yang berpengaruh lain seperti Mufti Menk tapi tidaklah viral seperti yang ini. Saya mula ikuti perkembangan dia apabila melihat pelbagai budi yang ditaburnya kepada umat Islam.

"Baru-baru ini, dia mengalu-alukan kedatangan pelarian Syria, Osama Abdul Mohsen, untuk memulakan kehidupan baru," ujar Siti dipetik sebagai berkata.

Dalam masa sama, Siti turut mendoakan yang terbaik agar Ronaldo diberikan jalan yang lurus untuk menemukan ajaran sebenar-benarnya.





         ________________________




No comments: