16 October 2015

SOAL ANAK - YANA SAMSUDIN SERAH PADA ALLAH



Yana Samsudin yang sudah tujuh bulan mendirikan rumah tangga megakui kehidupannya kini cukup bahagia bersama suami tercinta, Fadzil Zahari. Walaupun segalanya lancar buat mereka, Yana masih ingin memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang isteri yang terbaik.

"Kehidupan saya seperti biasa. Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan yang saya anggap sudah lengkap ini. Sudah berkahwin, semuanya sempurna ditambah boleh bekerja dan mencari rezeki, itu sudah memadai.

"Saya dan suami sibuk dengan kerja masing-masing. Apa yang penting, saya mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik kepada suami," ujar Yana dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Sudah menjadi adat kalau sesiapa sahaja yang baru kahwin pasti akan ditanya bila mahu dapat anak dan ia tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi jika terserempak dengan saudara mara bukan?

Buat Yana, beliau serahkan soal ini kepada rezeki dan tidak mahu menjadikan ia satu tekanan dalam hidupnya. Tambahan pula, usia perkahwinan mereka masih lagi baru tidak sampai setahun lagi.

"Soal anak itu rezeki Allah. Kalau ada baguslah. Rasanya belum terlewat lagi kerana usia perkahwinan kami juga masih baharu. Mengandung atau belum, saya tidak mahu menjadikannya sebagai satu tekanan dalam hidup. Suami saya pun tidak cakap apa-apa.

"Tipulah, kalau saya tidak mahu anak. Namun, semuanya bergantung kepada masa. Kalau sudah ada, baguslah. Kami terima sahaja. Kami tidak pernah merancang dalam soal itu. Bagi saya, hidup sudah sempurna walaupun tanpa kehadiran cahaya mata .













         ________________________




No comments: