15 October 2015

TAK KISAH ORANG PERTIKAIKAN KEMENANGANNYA - SUFI ANGGAP REZEKI DARI ALLAH



Akademi Fantasia 2015 (AF2015) menjadi AF yang paling hangat dengan kontroversi, bermula daripada kes Che Ta menarik diri daripada menjadi juri tetap sehinggalah beberapa pihak yang merasa tidak puas hati apabila peserta daripada Singapura iaitu Sufi dinobatkan sebagai juara.

Namun begitu bagi Juara AF2015, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid tidak kisah jika ada pihak yang mempertikaikan kemenangannya sebagai juara AF pertama dari Singapura.

"Bercakap mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana saya berasal dari Singapura, saya tak kisah. Saya tak rasa apa-apa," ujar Sufi dipetik sebagai berkata.





Menganggap kemenangan yang berpihak kepada dirinya adalah rezeki dari Allah, Sufi tidak pernah menjangkakan dia akan menang.

"Semuanya bergantung kepada rezeki. Sejujurnya, saya langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.

"Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah menjadi satu bonus buat diri saya. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan," jelasnya.

Dalam perkembangan terbaru, Sufi akan selalu berada di Malaysia meneruskan perkembangan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Saya ada saudara yang menetap di Malaysia dan saya akan tinggal bersama mereka. Saya mahu fokus kepada kerjaya saya yang baru sahaja bermula," katanya.





         ________________________




No comments: