15 October 2015

"SAYA MENYESAL TAK SERTAI GEGAR VAGANZA SEJAK MUSIM PERTAMA" - AMIR UKAYS



"Jujur saya katakan, ketika menonton GV pada tahun lepas terdetik penyesalan dalam hati ini. Sebab itu bila Astro hubungi hubungi saya dan memberitahu hasrat 'melamar' untuk GV 2 saya terus terima," demikian kata penyanyi utama kumpulan Ukays, Amir yang megakui menyesal tidak menyertai program realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) sejak musim pertama.

Amir atau nama sebenarnya Mohd. Azmir Muhammad Yusof, berkata dia menerima tawaran daripada GV pada musim lalu, namun terpaksa menolak kerana jadual kerja yang padat.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak fikir lama untuk kata 'ya' kerana bagi saya program ini merupakan platform yang baik untuk kami kembali diingati dalam industri hiburan tanah air.

"Lagipun memang saya dah tanam niat, kalau Astro 'offer' saya sertai Gegar Vaganza saya mesti jadi peserta," ujar Amir dipetik sebagai berkata.

Tambah penyanyi 'Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu' itu lagi, dia juga sudah bersedia untuk menerima kritikan daripada juri profesional.



"Walaupun dah lama menyanyi, bila orang kritik kita kena terbuka. Setuju atau tidak dengan kritikan juri terima sajalah tak perlu membantah atau melawan tunjuk 'terror'," jelasnya.

Kepada para penonton yang mahu mengimbau kembali kenangan Amir bersama Ukays, jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung GV 2 pada Ahad, 18 Oktober secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Konsert mingguan GV 2 disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam selama 8 minggu.





         ________________________




No comments: