15 October 2015

VIDEO KLIP SYAMEL AF2015 DIDAKWA TAK SENSITIF



Video klip naib juara Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) iaitu Syamel yang bertajuk 'Hidup Dalam Mati' dikatakan tidak sensitif apabila menonjolkan babak cubaan membunuh diri seorang wanita dalam karya berkenaan.

Azril Abd Samad pengarah klip video itu bagaimanapun telah menyangkal dakwaan tersebut dan perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana muzik video berkenaan hanyalah simbolik menunjukkan seorang wanita yang putus harapan untuk hidup dan mengambil keputusan membunuh diri, namun membatalkan hasrat itu.

"Sebagai seorang pengarah, saya tahu batas dan sensitiviti masyarakat tempatan yang pasti tidak akan terima sekiranya babak muzik video berkenaan diakhiri dengan adegan membunuh diri.





"Memang pada awalnya saya menunjukkan seorang wanita mengambil pistol menunjukkan mahu membunuh diri. Tetapi saya buat pengakhiran cerita di mana wanita itu tak jadi nak bertindak sedemikian," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Azril berkata demikian bagi mengulas dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan salah satu babak dalam klip video Hidup Dalam Mati yang menunjukkan seorang wanita cuba membunuh diri tidak selari dengan budaya rakyat negara ini khususnya bagi umat Islam yang melarang keras perbuatan itu.

"Penggunaan pistol bagi maksud berkenaan menerusi karya itu jarang digunakan dalam kebanyakan babak muzik video mana-mana artis tempatan. Saya tahu penggunaan pistol dilihat sedikit kasar, tetapi ia hanyalah simbolik," jelasnya.

Klip video berkenaan yang dimuat naik di YouTube pada Ahad lalu sehingga Rabu mendapat lebih 50,000 tontonan.

Sementara itu, kata Azril, secara kesuluruhannya, klip video tersebut dihasilkan dalam masa sehari dan ia adalah satu perkara yang mencabar baginya untuk memikirkan jalan cerita dan konsep yang sesuai dengan lagu Hidup Dalam Mati.

"Cerita dalam lagu itu ialah seseorang yang sedang kecewa dengan kehidupan menganggap tidak guna lagi untuk teruskan hidup.

"Dan saya hasilkan muzik video seorang wanita yang dalam 'perjalanan' untuk membunuh diri. Tetapi banyak babak yang jalan ceritanya saya sengaja 'gantung' supaya orang yang menonton boleh menilai dengan perspektif masing-masing," katanya.

SYAMEL AF2015 - HIDUP DALAM MATI


ATAU TONTON DISINI


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: