15 October 2015

ISTERI SELAMAT BERSALIN - AZRI AF9 TIMANG 'BABY GIRL'



Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 iaitu Azri telah bergelar bapa apabila isterinya, Salma yang juga dari program realiti iaitu Mentor selamat melahirkan bayi perempuan sekitar 9.31 malam kelmarin.

Bayi seberat 4.1 kilogram itu lahir secara pembedahan di Hospital Serdang.

Pasangan ini berkahwin hujung Januari lalu. Ia perkahwinan pertama buat Azri dan kedua buat Salma. Anak Salma menerusi perkahwinan pertama kini sudah berusia lapan tahun.

Klik gambar untuk size besar




"Keputusan untuk dia melahirkan anak ini agak mencemaskan saya. Doktor beritahu pembedahan ini berisiko kepada ibu dan jika dilahirkan secara normal ia akan berisiko kepada si anak pula.

"Doktor sebenarnya melihat kandungan bayi dalam perutnya agak besar dan mencadangkan untuk melakukan pembedahan saja. Bahkan doktor turut memberitahu jika mahu bayi dilahirkan secara normal dibolehkan tetapi jika lambat keluar, akan menyebabkan bayi lemas atau cacat," ujar Azri dipetik sebagai berkata..

Salma dan Azri sepakat memberikan nama Andi Raisya Mohamad Azri kepada cahaya mata sulung mereka.




Sumber: BH



         ________________________




No comments: