15 October 2015

BILA AYDA JEBAT DIDAKWA CIPLAK LAGU



Adakah anda tahu OST untuk drama M.A.I.D ini yang berjudul 'Siapa Diriku' adalah nyanyian Ayda Jebat sendiri? Kalau anda masih ingat, Ayda adalah bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9.

Tetapi tahukah bahawa lagu tersebut dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu Meghan Trainor dan seorang wartawan dari Daily Seni, Deric Ect telah menulis mengenai lagu tersebut.

Klik gambar untuk size besar




"Untuk single terbarunya 'Siapa Diriku', pelakon drama popular Ayda Jebat telah memutuskan untuk mecontohi Meghan Trainor dalam banyak perkara yang mungkin anda terlepas pandang.

"Lagu itu bertema pop uptempo dengan pengaruh 60-an yang kuat, mengingatkan kita kepada jenis irama yang menyebabkan banyak lagu Meghan dimainkan di stesen radio.

"Video muzik itu, bagaimanapun, satu cerita lain.



"Pengarahan seni dan skema warna bukan saja menyerupai video Meghan 'All About That Bass' dan 'Lips Are Movin', mereka juga bersusah payah mencari seorang model berbadan besar untuk membawakan apa yang divisualkan oleh Tyler Moffat (untuk video muzik Meghan).

"Ayda berjaya mendapatkan khidmat Michael Ang, pengarah siri televisyen M.A.I.D yang dibintangi oleh Ayda sendiri bersama Zul Ariffin sebagai cameo 'Siapa Diriku'. Dalam video itu Michael membawakan watak seorang pengarah yang sedang memarahi krew penggambaran yang masih kanak-kanak.

"Perlu disebut juga permulaan lagu 'Siapa Diriku' juga lebih kurang sama dengan lagu Meghan iaitu “Dear Future Husband“.



"Kedua-dua video bermula dengan bunyi deringan–Meghan dari basikalnya, manakala Ayda pula dari telefon bimbitnya–yang kemudian mempersembahkan vokal yang disaring bagi mencipta kesan nostalgik betul-betul sebelum rangkap pertama dinyanyikan.

"Kami tidak mahu menuduh Ayda meniru, tetapi bukti yang ada tidak berpihak kepadanya. Mengapa kamu tidak tampil dengan konsep yang berbeza, Ayda? Adakah mereka paksa kamu lakukannya?

"Dikeluarkan di YouTube pada 15 September, lagu ini juga ditampilkan dalam runut bunyi drama M.A.I.D," kata Deric.






AYDA JEBAT - SIAPA DIRIKU


ATAU KLIK DISINI



MEGHAN TRAINOR - DEAR FUTURE HUSBAND


ATAU KLIK DISINI



MEGHAN TRAINOR - ALL ABOUT THE BASS

ATAU KLIK DISINI



MEGHAN TRAINOR - LIPS ARE MOVIN

ATAU KLIK DISINI




         ________________________




No comments: