15 October 2015

"VIDEO LUCAH SAYA BERSAMA ATIKAH & AMAR ALFIAN MEREPEK" - IDRIS KHAN



"Cerita tentang video lucah itu merepek dan kalau ia benar wujud saya pun nak tengok kesahihannya sebagai bukti.

"Setakat ini, ia hanya fitnah sahaja dan orang yang kenal saya termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat tahu saya seorang yang bagaimana," ujar pelakon baharu Idris Khan mengenai kontroversi video lucah yang mengaitkan namanya.

Lebih menyedihkannya, video tersebut didakwa dilakukannya bersama dua pelakon lain hingga mencalar nama mereka bertiga.





Bagaimanapun, Idris menganggap ia satu lumrah dalam dunia artis. Sehubungan itu, Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar, 27, menambah, dia tidak mahu cepat melatah dan menyifatkan isu tersebut sebagai dugaan semata-mata.

Untuk info, nama Idris secara tiba-tiba dikaitkan bersama Atikah Suhaime dan Ammar Alfian atas tuduhan melakukan hubungan terlarang.

"Kalau saya melatah dan marah dengan orang yang buat cerita pun tiada guna juga, biar orang nak cakap apa. Ibu saya juga ada bertanya hal ini dan menasihatkan saya agar tidak mudah melatah jika ia tidak benar.



"Saya bersyukur kerana kontroversi ini tidak pun menjejaskan tawaran-tawaran drama saya terima di beberapa stesen televisyen," jelasnya dipetik sebagai berkata.

"Sejak dihimpit kontroversi itu minggu lalu, ibu dan rakan-rakan terdekat saya banyak memberi nasihat supaya terus bersabar.

"Setakat ini, kontroversi berkenaan tidak menjejaskan tawaran lakonan yang saya terima di stesen-stesen televisyen," katanya lagi.




Sumber: mStar



         ________________________




No comments: