02 October 2015

TIDAK MAHU DITAJA - MILA JIRIN INGIN MAJLIS PERNIKAHAN GUNA WANG SENDIRI



"Bukan berlagak ataupun tidak sudi, tetapi Mila lebih berpuas hati jika dia dapat menggunakan wang titik peluhnya bagi merealisasikan majlis sekali seumur hidup itu," demikianlah kata Mila Jirin yang lebih selesa tidak menerima sebarang tajaan kerana enggan mengecewakan mana-mana pihak.

Mila yang bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan berkata jika mereka masih mahu menghulurkan bantuan dalam majlis itu boleh, cuma Mila minta agar dia dan bakal suaminya, Ahmad Ailis Mustapha atau Isz diberi keizinan untuk memberi token penghargaan pada kerja mereka.

Klik gambar untuk size besar




"Kalau dapat harga istimewa, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak," ujar Mila dipetik sebagai berkata.

Mengenai perkembangan seni, single terbaharunya yang bertajuk 'Bukan Isteri Sempurna' sudah mula berkumandang di corong-corong radio.

Di samping itu, juara Akademi Fantasia musim ke-5 ini juga rancak dengan perniagaannya Bizz Milla Katering, Baju Kurung Milla dan Restoran Embun Urai yang sekarang semakin maju.









         ________________________




No comments: