02 October 2015

BILA DAPAT TAWARAN KURUSKAN BADAN - EDDIE WINGS RASA TERHARU



Rezeki jangan ditolak!

Demikian halnya dengan Bila atau nama sebenarnya Nurnajmi Nabila Samsaidi anak kepada pemain bass kumpulan Wings, Eddie apabila ada beberapa pusat gimnasium menawar untuk membantunya menguruskan badan dan kekal sihat.

Tawaran tersebut telah membuatkan Eddie berasa terharu kerana ada pihak yang sudi membantu anaknya.

"Saya berterima kasih kerana banyak pihak yang menghubungi saya menawarkan produk dan khidmat menguruskan badan untuk Bila. Namun, saya menyerahkan kepada pihak Astro untuk membuat tindakan susulan kerana Bila berada di bawah pengurusan dan jagaan mereka.

Klik gambar untuk size besar




"Ia saya dianggap sebagai satu peluang baik yang tidak harus dilepaskan begitu saja. Sebagai bapa, semestinya saya ingin melihat Bila membesar dengan sihat tidak kira bagaimana susuk tubuhnya.

"Saya dan isteri sudah merancang untuk menyediakan program diet dan senaman untuk Bila. Insya-Allah kita lihat bagaimana nanti selepas Bila keluar dari Akademi Fantasia," ujar Eddie dipetik sebagai berkata.

Biarpun berbadan gempal namun anak perempuan Eddie itu menerima pujian daripada pengkritik kerana memberikan persembahan memberangsangkan sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasi 2015.



Terbaru, juri tetap AF 2015, Datuk Ramli MS mengakui melanggar prinsipnya dengan memuji persembahan Bila dan berharap agar gadis itu akan mara ke pusingan akhir.

Gadis berusia 19 tahun itu berjaya mempamer persembahan mantap bagi kedua-dua lagu secara solo dan duet bersama Shahrul.

Menurut Eddie, anak perempuannya itu sebenarnya seorang yang pemalu, dan amat sukar untuk berpisah dengan keluarga.



"Saya begitu terharu dengan sokongan padu yang diberikan ramai terhadap Bila. Jujur saya katakan dia begitu rapat dengan saya dan isteri. Buat pertama kalinya Bila berjauhan dari keluarga dan ia memberikan impak kepada kami.

"Ramai bertanyakan kepada saya mengapa isteri saya sering menangis ketika melihat persembahan Bila, ia kerana kami sama sekali tidak menyangka anak perempuan kami itu boleh menyanyi dan hidup berdikari.

"Saya juga tidak pernah memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk menyanyi dan kebanyakan teknik menyanyi dipelajarinya sendiri. Saya berharap untuk melihat anak saya beraksi di pentas akhir AF nanti," jelasnya.












Sumber: BH




         ________________________




No comments: