03 October 2015

ERIN MALEK SELAMAT LAHIRKAN ANAK TANPA KEMBARNYA



Semua sedia maklum bahawa Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 21, mengandung anak kembar tetapi kelmarin Erin telah selamat melahirkan seorang sahaja bayi sulungnya sekitar pukul 9.27 pagi.

Bayi lelaki tersebut telah diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz.

Menurut Erin, seorang lagi anaknya itu telah meninggal dunia ketika kandungannya mencecah usia 16 minggu namun beliau dibenarkan oleh pihak doktor untuk janin itu bersama kembarnya sehingga usia kandungan sembilan bulan.

Klik gambar untuk size besar




Difahamkan, anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga menyebabkan badan membengkak.

Berita berkenaan didedahkan sendiri oleh Erin menerusi laman Instagram miliknya pada petang Jumaat.

"Assalamualaikum. 1 Oktober 2015, Khamis, 9.27 pagi. Alhamdulillah ia adalah hari paling indah buat saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan anak kami, Mohamed Faliq Mohamed Farriz.



"Bagaimanapun mungkin ramai tidak mengetahui adik kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungan saya berusia 16 minggu," katanya menerusi status terbaharu pada Jumaat.

"Perasaan saya berbaur-baur apabila melihat wajah Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya. Saya dan suami sedih dengan kejadian itu namun kami percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga.

"Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang memberi sokongan dan doa. Terima kasih," tulis Erin di laman IGnya.

Untuk rekod, Erin dan Farriz berkahwin pada 10 Oktober tahun lalu.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: