14 November 2015

40 GAMBAR - GELAGAT KELUARGA MAEMBONG BERCUTI DI PARIS & LONDON



Wah, seronok betul tiga beradik Maembong iaitu Emma, Chacha dan Yaya yang bercuti sakan ke London dan Paris.

Selain bercuti, tujuan tiga beradik Maembong itu ke negara Eropah tersebut adalah untuk menziarah saudara mara mereka di Paris.

Klik gambar untuk size besar




Percutian selama 10 hari itu turut ditemani suami Yaya, pelakon Wan Raja dan adik lelaki mereka Ahmad Maembong yang lebih mesra dengan panggilan Ahmad.

Yaya ketika dihubungi berkata, percutian ke London agak menyeronokkan kerana mereka berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Manchester United di Stadium Old Trafford dan menonton World Wrestling Entertainment (WWE).



"Kami ke London kerana mahu bercuti dan berjalan-jalan selain menemani suami yang mahu menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Old Trafford. Kebetulan Emma pula memang minat betul dengan WWE, jadi alang-alang sudah berada di sini, kami pun pergilah menontonnya.

"Sebelum itu kami ke Paris menziarah saudara yang membuka restoran Nasi Lemak di sana selain pergi melawat tempat-tempat menarik," ujar Yaya dipetik sebagai berkata.

Tiga beradik ini yang berada di sana sejak 2 November lalu, turut berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang percutian mereka di akaun Instagram masing-masing.















































































         ________________________




No comments: