14 November 2015

"SEBELUM SERANGAN BERLAKU, KAMI DAH BALIK MALAYSIA" - EMMA MAEMBONG



Semua mengetahui pada Jumaat lalu telah berlakunya penembakan dan letupan bom di Paris. Serangan tersebut telah mengorbankan kira-kira 150 orang.

Tiga lelaki dipercayai pengganas yang melakukan serangan itu di dewan konsert Bataclan telah ditembak mati selepas polis menyerbu dewan itu.





Terdahulu, seramai 39 dilaporkan maut dalam beberapa siri tembakan di sekitar Paris.

Emma Maembong, 23, yang bercuti di Paris bersama adiknya, Chacha serta kakak dan abang ipar iaitu Yaya Maembong dan Wan Raja bagaimanapun selamat dari serangan tersebut.

Menurut Emma, mereka tidak terlibat dalam serangan itu kerana sudah pulang ke Malaysia sejak Rabu lalu selepas seminggu bercuti di sana.

"Alhamdulillah, saya dan ahli keluarga lain selamat sahaja kerana kami sudah pulang sejak tiga hari lalu malah sekarang pun sudah mula kembali bekerja," ujar Emma dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Wan Raja berkata, dia terkejut dengan berita berkenaan dan bersyukur kesemua mereka sudah meninggalkan lokasi tersebut lebih awal.

"Alhamdulillah, kami sudah balik dari bercuti. Kami ke sana pada 2 hingga 10 November untuk bercuti.

"Kami ke Paris sehari sahaja, selebihnya berada di London," jelasnya.



         ________________________




No comments: