15 November 2015

"MANA MUNGKIN SAYA JADI CALL GIRL" - UQASHA SENROSE



Nama Uqasha Senrose sekali terpalit dengan kontroversi dimana dirinya telah dituduh menjadi 'call girl' atau lebih dikenali sebagai pelayan kelas atasan kepada VVIP selain turut dituduh mengambil dadah.





Menurut Uqasha mengenai perkara ini, dia menyifatkan tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu adalah tidak berasas dan bijak menghadapi kontroversi tersebut dengan tenang.

"Mana mungkin saya menjadi call girl dengan imej bertudung sebegini. Tidak logik rasanya tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu kerana sebagai seorang gadis berhijab, semestinya saya ingin menjaga batas dan tingkah laku.



"Apabila perbualan saya saya dan rakan saya tersebar di laman sosial, ada pihak yang mendakwa ia sebagai kata kunci bagi menggantikan perkataan dadah. Sebenarnya itu adalah privasi saya kerana setiap individu mempunyai pendekatan tersendiri untuk berkomunikasi.

"Lumrah seorang anak seni tidak akan dapat lari dari dikaitkan dengan kontroversi dan cerita sensasi. Jadi saya memilih untuk menghadapi setiap perkara negatif yang melanda diri dengan tenang," ujarnya dipetik sebagai berkata.





         ________________________




No comments: