23 November 2015

AKUI KESILAPAN - SYAZWAN ZULKIFLY JANJI UNTUK BERUBAH



"Saya mengakui silap saya dan berjanji untuk berubah. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik, mungkin lepas ini saya perlu mengawal emosi. Tetapi itu bukan bermakna saya seorang yang panas baran," kata Syazwan yang tidak berselindung apabila dikaitkan dengan kes pukul hos program rancangan televisyen, Shenty Feliziana yang juga kekasihnya.





Menurut Syazwan, dia tidak sengaja berbuat demikian terhadap Shenty kerana ketika itu dia sedang memandu.

"Lelaki mempunyai egonya, apatah lagi hal sebelum itu belum selesai. Ketika bergaduh, saya tersikku mukanya dan ia tidak disengajakan. Ketika itu, saya sedang memandu dan apabila melihat wajah Shenty, saya menangis. Ya Allah! Kenapa jadi begini?" jelasnya.

Berpunca daripada kejadian itu, timbul tuduhan bahawa rahang Shenty patah kerana dikasari pelakon lelaki ini. Menurut Syazwan, dia juga telah menjelaskan perkara sebenar kepada ibunya.





         ________________________




No comments: