30 November 2015

AL-FATIHAH - YUS JAMBU KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Innalillah wainna illaihi rojiuun. Al-fatihah. Rehat sahabat... Rehat. Semoga Allah meletakkan roh mu bersama roh-roh org beriman. Alfatihah," demikian berita sedih yang disampaikan oleh pelakon, penyanyi dan pelawak Afdlin Shauki mengenai kehilangan Yus Jambu.

Untuk makluman, pelawak Yus Jambu, 39, atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang sekitar jam 12.15 tengah malam tadi.





"Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus," kata sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad.

"Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan.



"Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," tambahnya kepada media.

Difahamkan, Yus Jambu rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Al-Fatihah.





         ________________________




No comments: