29 November 2015

HASRAT MIA SARA INGIN TUNAI UMRAH TERCAPAI



Pelakon cilik Mia Sara Nasuha, 10, bakal menunaikan umrah bersama ayahnya Muhammad Ridhuan Disember ini setelah permohonan visa diluluskan.

Menurut Mia, hasratnya menunaikan umrah pada cuti sekolah kali ini, menjadi detik sangat bermakna kepadanya. Dia bersyukur kerana ini merupakan kali pertama dirinya menjejak kaki di bumi Mekah.





"Perancangan cuti sekolah ini, Mia dan keluarga akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. InsyaAllah, doakan yang terbaik untuk Mia. Mia harap semuanya selamat pergi dan balik. Tolong sama-sama berdoakan Mia ya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tahniah kami ucapkan buat Mia dan semoga perjalanan pergi dan balik Mia dan keluarga ke sana akan selamat.





         ________________________




No comments: