19 November 2015

AZMA AIZAL AKUI DIRINYA MENGHIDAP PENYAKIT 'BIPOLAR DISORDER'



"Saya tidak menyalahkan dia (Ika Nabella) kerana membuat laporan polis terhadap saya. Namun saya berpendapat insiden yang berlaku sebagai pengajaran bersama," kata Pengarah, Azma Aizal Yusoof, 31, yang hanya menggunakan teknik memukul untuk memberikan mutu lakonan terbaik.





Azma bagaimanapun mengakui kesalahannya sebagai sutradara drama bersiri 'Dawai 'kerana tidak menjelaskan tujuan asal tindakan berkenaan.

"Sebagai pengarah, saya masih belajar pelbagai teknik untuk diadaptasikan oleh pelakon di lokasi. Namun, saya akui bukan semua dapat menerima pendekatan sama.

"Saya pernah mengasari beberapa pelakon dalam drama itu namun mereka menyambut baik teknik yang digunakan.



"Namun, insiden yang berlaku ke atas Ika membuka mata saya bahawa bukan semua individu dapat menerima cara kita.

"Dia (Ika) mempunyai hak untuk membuat laporan polis. Malah saya ada menghantar mesej memohon maaf kerana mengasarinya.

"Drama Dawai Asmara ini adalah karya paling berat yang pernah saya arahkan setakat ini. Jadi saya ingin memberikan sebaik mungkin dan enggan mensia-siakan peluang diberikan oleh pihak produksi," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Dalam pada itu, Azma turut mengakui bahawa beliau menghidap penyakit 'bipolar disorder' iaitu satu sejenis penyakit mental yang melibatkan perubahan emosi yang melampau. Ia adalah satu penyakit masalah mental yang menyebabkan perubahan perasaan atau mood yang melampau dan tidak normal di dalam diri seseorang.

Azma tidak ralat dengan stigma masyarakat yang memandang serong tindakan beliau memukul Ika.

"Saya juga tidak malu untuk mengakui kepada umum tentang penyakit yang saya hidapi. Malah saya masih mengambil ubat khas bagi mengawal dan menstabilkan emosi.

"Bukan semua pesakit 'bipolar disorder' dapat bekerja kerana tidak mampu mengawal emosi.

"Saya akui sering berada dalam keadaan tertekan apabila diberikan tanggungjawab sebagai pengarah kerana ingin memberikan yang terbaik," jelasnya.



Susulan pengakuan bersalah yang dibuat oleh Azma semalam, Rosyam Nor menganggap perkara tersebut sudah selesai.

"Bagi saya, Azma adalah pengarah generasi baru yang sedang meningkat naik. Beliau ada kreativiti tersendiri dan saya senang dengan hasil kerjanya. Saya sendiri pernah berlakon di bawah arahannya untuk drama Perjalanan. Saya akui suka cara pengarahannya.

"Selepas kejadian ini, saya tidak akan serik atau berhenti mengambilnya mengarah drama-drama keluaran Suhan Movies. Saya tiada masalah untuk terus bekerjasama dengannya di masa-masa akan datang.



"Setelah didenda oleh mahkamah, Azma datang berjumpa saya dan memaklumkan untuk menarik diri sebagai pengarah. Beliau ada penjelasan sendiri, begitu juga Ika Nabella.

"Saya nasihatkan Azma untuk tidak mengulangi perbuatan mengasari tersebut sungguhpun beliau punya alasan perkara yang dilakukannya itu adalah untuk mendapatkan hasil lakonan terbaik.

"Mungkin caranya dengan niat untuk membimbing bagi mendapatkan kualiti lakonan yang berkesan itu tidak boleh diterima oleh segelintir pelakon.

Sebelum menarik diri, Azma sudah selesai mengarahkan 7 episod drama tersebut sebelum menyerahkan bakinya kepada pengarah baharu nanti.


         ________________________




No comments: