19 November 2015

"DIA ADA MERAYU KEPADA SAYA UNTUK KEMBALI BERSAMA" - SHENTY



Sejak kejadian dikasari kekasihnya Syazwan Zulkifly, Shenty Feliziana dalam kenyataan terbaru berkata yang dia sangat trauma dengan apa yang berlaku dan sehingga kini masih fobia untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

"Syazwan sudah berjumpa ibu bapa yang datang dari Singapura dan meminta maaf atas apa yang berlaku baru-baru ini.





"Saya juga sudah menarik laporan polis yang dibuat sebelum ini. Maklumlah, industri seni kita bukan besar mana pun, lambat laun kami akan berjumpa juga dalam mana-mana acara hiburan.

"Justeru, ada baiknya perkara ini tidak dibiarkan berpanjangan dan kami kembali berbaik semula. Memang Syazwan ada merayu supaya saya menerimanya semula, tetapi buat masa ini hati saya belum terbuka.

"Saya serik untuk menjalin hubungan selepas ini kerana sudah beberapa kali putus cinta. Biarlah masa menentukan segala-galanya. Insya-Allah, jika bertemu calon suami yang sesuai, saya tidak mahu bercinta sebaliknya terus berkahwin saja," ujar Shenty dipetik berkata.



Enggan lagi memikirkan memori pahit itu, Shenty mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier lakonan dan pengacaraan.

"Pada usia muda ini saya kenalah bekerja keras jika mahu mengukuhkan nama dalam industri hiburan tanah air.

"Saya menyertai hlive! pada Mei lalu dan sebagai orang baru banyak perkara perlu saya belajar. Selain mengacara, saya juga aktif berlakon. Apapun keutamaan saya masih hlive!," jelasnya.



         ________________________




No comments: