13 November 2015

AZWAN ALI DEDAH DIRINYA DISIHIR SEKALI LAGI



Azwan Ali menerusi Instagramnya, memberitau bahawa dia telah beransur sembuh dari sihir seorang ahli perniagaan wanita berumur lingkungan 40an.

Menurut Azwan, wanita itu pernah membantunya berkaitan perniagaan rendang Chef Diva AA serta mencarikan maid untuk beliau di rumah.

Klik gambar untuk size besar




Wanita itu seperti dikhabarkan oleh para pemulih, telah menghantar sihir menggunakan puaka kubur.

Sebelum ini, Azwan Ali telah mendedahkan bahawa beliau telah beberapa kali disihir akibat hasad dengki dan antara penyihirnya merupakan selebriti tanahair.



Dalam perkembangan yang sama, Azwan Ali telah mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran serta telah menjemput anak-anak yatim dari Tahfiz Arba ke rumahnya. Namun, beliau menyatakan bahawa telah ditipu oleh Ustaz yang menguruskan anak-anak yatim tersebut.

Setelah diselidiki, rupanya Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Zul itu merupakan seorang penipu yang telah dibuang kerja kerana mencuri duit anak yatim di tahfiz tersebut. Majlis doa selamat telah digantikan oleh anak-anak yatim dari Rumah Bakti Ulu Kelang.











         ________________________




No comments: