28 November 2015

"BERNIKAH KALI KEDUA SAYA TIDAK PERNAH RAHSIAKAN" - TEGAS ANDY FLOP POPPY



"Saya percaya umum sendiri sudah nampak saya pernah keluar bersama kedua-dua isteri saya. Itu menunjukkan bahawa hubungan kami baik dan tiada masalah," kata bekas penyanyi utama kumpulan Flop Poppy, Megat Effendy Zakaria atau Andy, 43, mengenai hubungannya dengan isteri-isterinya.





Tegas Andy, hubungan dengan isteri pertama Nurul Shafizan Othman, 42, baik dan tidak pernah berdepan masalah seperti apa yang dihebahkan.

Dalam pada itu, Andy menjelaskan yang dia cuba mengambil pendirian tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya kerana bimbang ia akan menimbulkan lebih banyak keburukan.

"Begitupun saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenainya kerana bimbang orang akan membuat andaian negatif mengenainya. Itu akan memburukkan lagi situasi. Itu yang saya cuba elakkan," jelasnya.



Mengenai pernikahan kali keduanya, Andy berkata yang dia tidak pernah merahsiakan apabila ada orang bertanya kerana apa yang dilakukan adalah dengan niat baik.

"Saya melakukan (pernikahan kedua) mengikut syarak. Saya buat benda betul dan baik jadi tidak ada perkara yang perlu saya rahsiakan," ujar Andy dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini timbul gosip mengatakan selepas bernikah buat kali kedua, penyanyi yang masih diminati ramai itu tidak memperdulikan dan mendera isteri pertamanya.

Isterinya Shafizan juga didakwa telah membuat laporan polis mengenainya tetapi telah menarik balik. Begitupun sehingga kini tiada bukti atau kenyataan kukuh mengenainya dibuat.

Membuktikan kata-katanya, Andy baru-baru ini juga turut dilihat telah memuat naik wajah isteri keduanya untuk dikongsi bersama peminatnya di laman sosial instagram.


Sumber: myMetro



         ________________________




No comments: