28 November 2015

'MEMORI BERKASIH' NYANYIAN NANA & LAN KRISTAL DAPAT PERMINTAAN TINGGI



Gara-gara Lan Kristal dan Siti Nordiana menyanyi lagu 'Memori Berkasih' pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) telah menjadi viral dan mendapat permintaan tinggi.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, ada segelintir pihak tetap mehukan dia membawa lagu tersebut secara solo (tanpa Siti Nordiana) walaupun ketika itu dia memenuhi undangan persembahan bersama anggota Kristal.





"Saya tak sangka lagu 'Memori Berkasih' yang saya dan Nana (Siti Nordiana) persembahkan menjadi viral. Tetapi bagi saya, ia adalah sesuatu yang baik kerana Nana sedang bertanding dalam pertandingan itu dan fenomena itu adalah bonus untuknya agar kekal dalam program tersebut.

"Cuma, saya tak sangka, kebanyakan pihak penganjur majlis mahu saya bawakan lagu itu. Permintaan lagu itu tinggi. Solo atau berkumpulan, Memori Berkasih menjadi pilihan penganjur. Mereka lebih gembira jika ada Nana sekali dalam persembahan," ujar Lan dipetik sebagai berkata.

Lagu Memori Berkasih nyanyian asal Nana dan Allahyarham Achik (Spin) pernah menjadi popular pada awal tahun 2000.

Gandingan Nana dan Lan pada malam konsert GV2 terus meraih perhatian netizen dan ia masih menjadi bualan di media sosial sehingga kini.


'Memori Berkasih' nyanyian Nana & Lan di konsert keempat GV2




Nana & Lan nyanyi lagu 'Memori Berkasih' di Majlis Makan Malam Kontinjen BSN




Lagu 'Memori Berkasih' nyanyian asal Nana & Allahyarham Achik (Spin)


Sumber: mStar


         ________________________




No comments: