19 November 2015

GV2: "SAYA PERLUKAN IMUNITI" - AMIR UKAYS



"Kalau saya tak dapat imuniti itu, maka tak dapatlah saya untuk beraksi dengan lebih berani dan menghiburkan," akui Amir Ukays yang menginginkan imuniti daripada penaja Gegar Vaganza 2 (GV2) Datuk Seri Vida untuk meneruskan perjuangannya dalam konsert mingguan yang seterusnya.





Ini kerana menurut Amir, imuniti tersebut amat perlu bagi dirinya kerana dia yakin setiap lagu yang dinyanyikan telah berjaya menarik perhatian penonton serta penguasaan pentas juga amat baik untuk dibandingkan di minggu-minggu sebelumnya.

"Kalau saya tak dapat imuniti itu, maka tak dapatlah saya untuk beraksi dengan lebih berani dan menghiburkan," ujar Amir dipetik sebagai berkata.

"Saya tidaklah rasa kecewa, cuma apabila tersingkir di minggu kelima rasanya amat tidak berbaloi dan tidak umpphh!



"Lagu Yank yang saya nyanyikan itu tidaklah mencabar sangat dari segi vokal tetapi lagu ini amat diminati ramai sewaktu ketika dahulu hingga menjadi hits yang di radio.

"Jadi kalaulah Datuk Seri Vida memilih saya untuk imuniti itu, saya rasa amat gembira dan berjanji akan terus membuat persembahan yang lebih mantap," jelasnya.

Dalam pada itu, Amir turut ditanya adakah penyingkirannya ini ada kaitan dengan kes polis yang dahulu yang dikatakan kononnya memiliki senjata api yang dijumpai di dalam kereta.



Sambil tersenyum dia menjawab, penyingkiran dirinya tidak ada kena mengena dengan kes itu dan menganggap ia bukan rezeki serta keputusan terletak di tangan juri.

"Saya tak rasa sebab kes polis, saya tersingkir itu tanggapan yang salah. Bertahan sampai ke minggu kelima sudah cukup mengembalikan semula karier nyanyian saya yang boleh dikatakan menyepi.

"Inshaa Allah, selepas ini rezeki saya lebih murah dengan jemputan nyanyian di majlis-majlis korporat mahupun keraian yang sehingga hari ini," katanya.



         ________________________




No comments: